Penamaan calon bermula 9 pagi
Proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar bermula pada 9 pagi.
Ia berlangsung di di Dewan Seri Bernam, di Sungai Besar dan Dewan Jubli Perak Kuala Kangsar.
Tempoh masa bagi mengemukakan kertas penamaan calon dijadual selama sejam sebelum pegawai pengurus pilihan raya mengumumkan nama calon yang bertanding.
Pilihan raya itu diadakan susulan kematian penyandang-penyandangnya dalam nahas helikopter di Sarawak sebelum ni.
Pengundian akan diadakan pada 18 Jun ini.
Sungai Besar mempunyai 42,655 pengundi berdaftar terdiri daripada 42,365 pengundi biasa dan 286 pengundi awal dan empat pengundi tidak hadir kerana berada di luar negara.
Di Kuala Kangsar pula, Sebanyak 32,949 orang layak mengundi pada PRK itu mengikut daftar pemilih yang didaftarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sehingga 7 Mei lepas.

