Walaupun tidak bersetuju dengan langkah Umno mempercepatkan usul Rang Undang-Undang 'hudud' di parlimen, Gerakan masih berkempen untuk BN dalam pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

"Ya, kami akan mengambil bahagian dalam kempen untuk Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

"Ini adalah baik kerana ia memberi kita peluang untuk menjelaskan beberapa isu dalam kempen," kata Presiden Gerakan Mah Siew Keong ketika ditemui di pusat penamaan calon di Kuala Kangsar.

Mah sebelum ini mengisytiharkan beliau akan meletakkan jawatan menteri jika Rang Undang-undang persendirian untuk meminda Akta 355 Mahkamah Syariah oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang diluluskan di Dewan Rakyat.

Pilihan raya kecil Kuala Kangsar menyaksikan ketiadaan calon BN, Mastura Mohd Hasid, balu Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Wan Ahmad yang juga penyandang kerusi berkenaan.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengetuai pasukan BN ke pusat penamaan calon.

Turut hadir ialah Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan dan Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam.

Sementara itu, Mah juga mengakui bahawa BN, khususnya ahli-ahli Umno, tidak bersetuju dengan keputusan parti meletakkan Mastura.

Bagaimanapun beliau merasakan perkara itu akan merapatkan BN tidak lama lagi selepas penamaan calon.

[Baca berita penuh]