Debat terowong: Exco Pulau Pinang tolak pelawaan Gerakan
Exco Kerja Raya, Kemudahan Awam dan Pengangkutan Pulau Pinang, Lim Hock Seng hari ini menolak untuk berdebat dengan Gerakan berhubung isu terowong bawah laut.
Dengan bersahaja, Lim berkata "Sila rujuk kenyataan saya mengenai isu berkenaan".
Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Bagan Ajam dari DAP itu telah memberi maklum balas beberapa kali kepada Gerakan dan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan menyentuh pelbagai perkara dalam isu tersebut.
Lim juga dilaporkan pernah bertanya kepada akhbar berbahasa Cina "Siapa Loo?", sambil berkata beliau hanya akan berdebat dengan wakil rakyat sahaja mengenai isu tersebut.
Semalam, Pemangku Ketua Pemuda Gerakan, Jason Loo mengesahkan tempat untuk mengadakan debat tersebut sudah tersedia dan pihaknya berharap Lim akan muncul untuk membuktikan kerajaan negeri tidak ada apa yang hendak disembunyikan.
Ekoran bimbang terhadap keengganan Lim, pada hari ini, Loo telah datang sendiri ke Komtar menyerahkan surat jemputan untuk berdebat dengan beliau mengenai perkara itu.
Loo berkata, debat bertajuk "Terowong bawah laut: Skandal demokratik" akan diadakan pada 11 Jun ini, jam 11 pagi bertempat di Loh Clan Association.
"Saya kecewa apabila Lim berkata siapa saya untuk debat dengannya.

