Kira-kira 154,140 pelarian dan pencari suaka berdaftar dengan Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Malaysia sehingga April lepas.

Wakil UNHCR di Malaysia, Richard Towie berkata majoriti daripada mereka ialah dari Myanmar.

Sebanyak 139,780 pelarian dan pencari suaka ialah dari Myanmar dengan selebihnya dari Sri Lanka, Pakistan, Somalia, Syria, Iraq, Iran, Palestin dan negara lain, kata beliau.

Beliau memberitahu sidang media selepas menghadiri pelancaran "Odysseys: A Photographic Exhibition of the Asia and Europe Refugee Crises" anjuran Agence France-Presse di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata 68 peratus daripada pelarian dan pencari suaka terxdiri daripada lelaki sementara 34,600 ialah kanak-kanak berusia bawah 18 tahun.

-Bernama