Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Isu RUU hudud: PM berikan 'isyarat positif', kata MCA

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah memberikan isyarat yang 'positif' menggenai isu Rang Undang-Undang hudud (RUU) yang hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini.

Liow berkata demikian selepas mendedahkan bahawa beliau telah bertemu perdana menteri mengenai RUU persendirian yang dibawa oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu.

"Ya, kami telah bertemu dengan perdana menteri dan MCA menyuarakan pandangan mengenai perkara ini.

"Kami menuntut bahawa apa-apa pindaan perlulah dirunding oleh BN dan dilakukan dalam semangat muafakat . Kita perlu mempunyai semangat BN.

"Kami mendapat maklum balas yang positif dari perdana menteri," katanya kepada wartawan semasa ditemui dalam kempen MCA di Sekinchan.

Sebelum ini, Liow dan beberapa menteri lain dari parti-parti komponen BN mengancam untuk meletakkan jawatan jika RUU berkenaan diluluskan.

Sementara itu, Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa pula berkata, taklimat kepada parti-parti komponen BN mengenai RUU berkenaan yang sepatutnya berlaku esok telah ditangguhkan.

Annuar, dalam satu kenyataan, hari ini berkata, penangguhan itu dilakukan atas permintaan parti-parti komponen BN.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS