Polis wawancara blogger 'brandmalaysia'
Terjemahan Peningkatan pengaruh weblog nampaknya telah menarik perhatian pihak berkuasa setidak-tidaknya bagi pihak polis yang semakin berminat untuk mempelajarinya daripada seorang blogger tempatan.
Terjemahan Peningkatan pengaruh weblog nampaknya telah menarik perhatian pihak berkuasa setidak-tidaknya bagi pihak polis yang semakin berminat untuk mempelajarinya daripada seorang blogger tempatan.
Sepasukan empat anggota dua pegawai polis dan dua pegawai kerajaan yang tidak dapat dikenalpasti telah 'menziarahi' Mack Zulkifli, blogger bagi brandmalaysia , untuk "memahami dengan lebih lanjut perkembangan terkini weblog".
Weblog
brandmalaysia
dilancarkan Disember lalu dan menerima 2,000 hingga 3,000 pelawat setiap hari.
Mereka datang ke rumah Mack di Subang Jaya pada hari Isnin dan menghabis masa tiga jam bertanya mengenai weblog dan bagaimana mengawal isi kandungannya.
Menurut Mack, "wawancara" tersebut berjalan dalam suasana yang mesra dan mereka memberitahunya yang ia bukanlah satu siasatan.
"Mereka memberitahu saya ianya tidak rasmi dan saya boleh memilih sama ada hendak melayan mereka ataupun tidak," katanya ketika dihubungi semalam.
Menurutnya, beliau bersetuju melayan soalan mereka kerana "saya tidak ada apa-apa yang hendak disembunyikan".
"Saya tidak melakukan sebarang kesalahan. Jadi mengapa tidak boleh bercakap dengan mereka? Fokus blog saya bukanlah mengenai politik atau agama. Semuanya adalah mengenai logik," jelasnya.
Bagaimanapun, Mack mengaku bahawa beliau merasa agak tidak selesa mengapa beliau yang terpilih untuk "wawancara" tersebut.
"Saya tidak merasa terancam," katanya, sambil menambah, dalam apa keadaan sekalipun, blogger tidak sepatutnya menjadi mangsa.
Mack yang juga seorang perunding pengurusan, berkata mereka berulang-ulang kali bertanya mengapa dia terus mengedalikan weblog itu, sedang dia sudah mempunyai punca pendapatan lain.
"Saya berkata, pendapatan daripada iklan Google kira-kira AS$30-40 (RM114-152) sebulan, adalah terlalu kecil jumlah untuk saya kerana pendapatan daripada pekerjaan saya sekarang ialah kira-kira RM20,000 sebulan. Blogging adalah minat saya," katanya.
Gangguan
Sementara itu, seorang lagi blogger, Jeff Ooi menyifatkan "wawancara" pihak polis dengan Mack itu sebagai satu bentuk gangguan terhadap blogger.
"Saya rasa ini merupakan satu aliran yang membimbangkan apabila lebih ramai blogger yang diwawancara," katanya ketika dihubungi.
"Pengaruh weblog adalah besar walaupun kami tidak dapat menyatakan kuantitinya. Inilah sebabnya, saya rasa, mereka mahu belajar lebih lanjut mengenainya. Ia juga menunjukkan bahawa kami sedang diperhati," tambahnya.
Sebelum ini, Ooi juga pernah menjadi sasaran kerana didakwa menyiarkan sebuah komen yang dianggap sensitif di weblognya Screenshots Oktober tahun lalu.
Pada 28 Februari lalu, Ooi dipanggil oleh pihak polis untuk memberi kenyataan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan yang melarang tindakan atau pelakuan yang boleh menjejaskan keharmonian rakyat. Kes itu masih dalam siasatan.

