Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Isu RUU Hadi: Najib janji capai kata sepakat BN, kata Gerakan

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak berjanji kepada parti-parti komponen dalam BN untuk bermuafakat dan mencapai kata sepakat dalam isu Rang Undang-Undang (RUU) anggota persendirian oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum sidang dewan rakyat yang akan datang.

Perakuan tersebut didedahkan oleh Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong yang telah bertemu dengan Najib, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan beberapa pemimpin dari parti-parti komponen BN yang lain semalam.

"Kami akan berbincang mengenainya (RUU) dan akan mempunyai kata sepakat dalam semangat BN, " kata Mah selepas melakukan tinjauan mesra di tengah-tengah bandar Kuala Kangsar.

"Apa yang gembirakan saya ialah apabila perdana menteri berkata kita akan membincangkannya untuk mencapai kata sepakat dengan semua orang akan memberi maklum balas, " katanya.

Pada masa yang sama, Mah memaklumkan mesyuarat meja bulat bersama Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa yang sepatutnya diadakan malam ini telah dibatalkan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS