Kenaikan harga barangan khususnya makanan terus menjadi tema pada kempen pilihan raya kecil di Kuala Kangsar.

Bertempat di Jalan Datoh, Kuala Kangsar, kira-kira 100 hadiri pada majlis Hari Ibu Bapa dan cermah Yang Benar’ anjuran MCA, malam semalam pulang dengan membawa sekampit beras seberat 10 kg setiap seorang.

Sementara itu penyokong Pakatan Harapan di ceramah lain di Jalan Dato Sagor pula pulang dengan seikat sawi.

Seorang peserta pada majlis MCA itu memberitahu Malaysiakini dia terpaksa mendaftar terlebih dahulu supaya boleh mendapat beras percuma berkenaan.

"Saya diberitahu yang saya akan mendapat sekampit beras dan juga mungkin hamper (barangan) jika hadir malam ini," katanya

"Kita akan diberi beras selepas selesai ceramah ini," katanya yang duduk dengan sebar menanti majlis itu berahir.

'Yang Benar' adalah tema kempen trak MCA yang juga berfungsi sebagai pentas.

Ia membuat penampilan ketiganya pada pilihan raya kecil di Kuala Kangsar hari ini, dengan sebahagian besar dua jam digunakan untuk menyerang DAP, AMANAH dan PAS berhubung isu hudud.

Tetapi yang jelas, orang ramai lebih berminat dengan kampit beras yang disusun bersebelahan dinding yang dihiasi dengan poster pilihan raya.

Sesetengah hadirin membawa ahli keluarga mereka datang bersama agar setiap seorang mereka juga masing-masing mendapat beras berkenaan.

Ketua Wanita MCA Datuk Heng Seai Kie, yang mengagihkan kampit beras pertama, berkata beliau tidak jelas berhubung emberian itu dan mengarahkan Malaysiakini untuk mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak penganjur -iaitu jawatankuasa pusat daerah mengundi BN.

"Saya tidak tahu, saya datang untuk berceramah," katanya.

Sementara itu, ceramah berasingan oleh Pakatan Harapan di Jalan Dato Sagor yang dihadiri oleh kira-kira 150 orang ketika hujan renyai menyaksikan mereka duduk dengan seikat sawi.

Seorang peserta ceramah yang enggan namanya disiarkan berkata, dia menerima sayur itu daripada seorang pekerja parti yang mengagihkannya.

Menurut pekerja parti, sayur-sayuran itu disumbangkan oleh seorang penyokong Harapan dari Cameron Highlands.

"Kami terima dua bakul besar (sawi)," kata pekerja parti itu.

Awal hari ini Gerakan menyumbangkan beras kepada pengundi Kuala Kangsar pada majlis Hari Ibu Bapa anjuran parti itu.

[Baca berita penuh]