Ringgit dibuka rendah, 4.1040 berbanding dolar Amerika
Ringgit terus didagangkan lebih lemah berbanding dolar Amerika Syarikat dengan kurangnya permintaan daripada pembeli, kata peniaga.
Pada jam 9 pagi ini, unit tempatan didagangkan kepada 4.1040/1080 berbanding dolar Amerika Syarikat daripada 4.0700/0760 pada penutupan Jumaat.
Corak menurun prestasi bursa tempatan turut memberi tekanan kepada mata wang tempatan, kata peniaga.
Mata wang tempatan turut didagangkan lebih lemah berbanding mata wang utama yang lain. Ia jatuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0121/0168 daripada 3.0004/0059 pada Jumaat, lebih lemah berbanding yen kepada 3.8550/8605 daripada 3.8030/8104 dan turun berbanding euro kepada 4.6137/6199 daripada 4.5987/6071 sebelumnya.
Ringgit juga menjunam berbanding pound British kepada 6.8310/8375 daripada 5.8767/8862 pada Jumaat.
- Bernama

