Selepas kunjungan pertamanya ke Kuala Kangsar, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan membuat penampilan kedua, kata DAP Perak.

Beliau akan melawat Kampung Melayu Manong pada waktu pagi dan kemudian menuju ke Kampung Baru Jerlun - tempat yang mempunyai nama yang sama dengan kawasan Parlimen Jerlun yang pernah diwakili anaknya, Datuk Seri Mukhriz.

Dalam satu kenyataan, Ketua DAP Perak Nga Kor Ming menggesa penduduk di Kampung Baru Jerlun digerakkan sepenuhnya untuk menjadikan acara itu satu perhimpunan terbesar dalam sejarah.

Ia turut menggesa ahli MCA dan Gerakan untuk menyertai acara itu kerana menurutnya, gerakan Selamatkan Malaysia harus menyatukan semua rakyat, tanpa mengira fahaman politik.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali dijadual berkempen di Kuala Kangsar esok, kata Nga.

[Baca berita penuh]