Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Naib Presiden PKR sahkan surat kedua Anwar, Azizah tak tahu
Diterbitkan:  Jun 15, 2016 6:06 PM
Dikemaskini: 10:10 AM

Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Md Akin mengesahkan menerima surat daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepadanya mengenai Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Betul," jawapnya kepada mesej teks Malaysiakini ketika disoal jika laporan mengenai surat itu adalah benar.

Walau bagaimanapun, Shamsul Iskandar yang juga adalah ahli parlimen Bukit Katil enggan mengulas lanjut.

Sementara itu, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak tahu-menahu mengenai surat itu apabila ditanya.

"Saya minta maaf, saya perlu semak dengan Shamsul," katanya ketika ditemui di Sungai Besar hari ini.

Ketua pembangkang itu berkata peguam suaminya atau Shamsul sendiri akan lebih tahu jika surat itu wujud.

The Star semalam memetik sumber sebagai berkata Anwar menulis surat kedua dari penjara.

Kali ini surat itu ditujukan terus kepada Shamsul dengan menasihatinya untuk menggunakan kebijaksanaan dan batasan apabila berurusan dengan Mahathir.

Sebelum ini Anwar dalam surat pertamanya memberi amaran kepada semua pemimpin PKR supaya berhati-hati ketika bekerjasama dengan Mahathir.

Ketua Umum PKR itu kesal bahawa beberapa pemimpin parti bersekongkol dengan Mahathir dan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin yang adalah pembela setia kronisme.

Beliau memberi amaran bahawa kerjasama itu boleh menjejaskan perjuangan PKR.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS