Setahun selepas terkuburnya Pakatan Rakyat
Begitu cepat masa berlalu.
Ia seolah-olah seperti semalam pemimpin DAP duduk di sebelah rakan-rakan PAS dalam sidang media, selepas Pakatan Rakyat menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional dalam dua pilihan raya umum lalu dan memegang kuasa lima negeri pada kemuncak kuasanya.
Pembubaran Pakatan Rakyat didahului oleh kematian dua pemimpin berpengaruh di kalangan mereka - MP Bukit Gelugor, Karpal Singh (pada 17 April 2014) dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (pada 12 Februari 2015).
Beberapa hari sebelum pemergian Nik Aziz, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhi hukuman penjara lima tahun atas apa yang didakwanya tuduhan liwat yang direka-reka pada 10 Februari 2015.
Pada hari ini, genaplah setahun Pakatan Rakyat berkubur selepas nafas terakhirnya pada 16 Jun 2015.
Malaysiakini mengimbas kembali sejak PKR, PAS dan DAP - dan rakyat Malaysia - melambai selamat tinggal kepada pakatan pembangkang yang tertubuh selama tujuh tahun.
Bagaimana tahun-tahun dilalui Pakatan? Klik pada anak panah untuk melihat melalui garis masa interaktif di bawah:
Minggu depan: Ahli-ahli politik dari kedua-dua belah pihak, penganalisa dan orang ramai menyuarakan pendapat mereka mengenai politik Malaysia pasca-Pakatan.

