Lebuh Raya Persekutuan di Lembah Klang terkenal dengan sesaknya dengan pelbagai jenis kenderaan.

Tetapi petang ini, pemandangan luar biasa disaksikan apabila ia turut digunakan oleh seekor burung unta.

Video gelagat itu dekat susur keluar Bangsar dan Lebuh Raya Sprint (arah ke Kuala Lumpur), dimuat naik ke Internet oleh seorang warga maya yang dikenali sebagai “hnmkhyn”.

Ia mula menjadi bahasa perbualan hangat dan menimbulkan rasa lucu pengguna Internet.

Ada juga yang melihat gelagat ini sebagai “comel”.

“Sangat cute! Dia pandai tukar lorong pergi lorong kanan sekali, sesak teruk sebab dia tadi. Haha, sungguh comel!” tulis hnmkhyn.

Dalam video itu kelihatan kenderaan di belakangnya terpaksa dipandu perlahan bagi mengelakkan terlanggar burung unta itu.