Malaysia merupakan antara 10 teratas di kalangan negara-negara yang terjejas berikutan kewujudan jualan akses pasaran gelap dalam skala besar kepada lebih daripada 70,000 server atau pelayan digodam merentasi 173 negara.

Ia juga adalah negara yang paling teruk terjejas di rantau Asia Tenggara, dengan 2,140 pelayan digodam ditawarkan untuk jualan oleh pasaran gelap yang digelar xDedic, menurut Digital News Asia.

"Ia merentasi seluruh dunia, bukan sekadar negara-negara membangun - lebih 170 negara yang terlibat dalam skala dan perkadaran yang berbeza.

"Singapura, sebagai contoh, berada di kedudukan ke-29 dengan 743 pelayan yang ditawarkan - Malaysia mempunyai 2140 pelayan (tempat ke-10) dan Indonesia mempunyai 459 pelayan (tempat ke-37)," kata Pengarah Pasukan Penyelidikan Makmal & Analisa Global Kaspersky (GREAT) rantau Asia Pasifik, Vitaly Kamluk.

Pasaran gelap itu dikendalikan oleh sebuah kumpulan yang berkomunikasi menggunakan bahasa Rusia dan menjual maklumat pelayan dan kata laluan masuk yang boleh digunakan untuk mengawal pelayan digodam, menurut laporan itu.

Mesin yang terjejas bukan sahaja melibatkan pelayan dari pengguna persendirian, malah turut dari 'banyak rangkaian kerajaan yang berbeza, ISP (pembekal perkhidmatan Internet), syarikat telekomunikasi, universiti, institusi perubatan, dan banyak lagi'.

"Ini sesuatu yang kita tidak pernah dilihat sebelum ini dari segi skala - satu perkhidmatan profesional yang dibangunkan sejak bertahun-tahun.

"Kajian kami menunjukkan ia telah beroperasi sejak tahun 2014, dengan sokongan teknologi, papan mesej dan latihan (untuk pengguna).

"Ini semua berdasarkan pentauliahan - mereka juga mempunyai perlindungan imbasan terhadap aktivit penipuan yang mahu menjual kata laluan masuk pelayan palsu," tambah Kamluk.

Ujar laporan itu lagi, pentauliahan akses berdasarkan kepada Protokol Komputer Atas Meja Boleh Ubah (RDP) yang didatangkan dengan Microsoft Windows.

[Baca berita penuh]