Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Yayasan Dr M tak terima dana k’jaan, hanya sewa bangunan
Diterbitkan:  Jun 27, 2016 12:08 PM
Dikemaskini: 4:32 AM

Yayasan Kepimpinan Perdana yang diterajui oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan ia menerima pembiayaan kerajaan.

Dalam satu kenyataan, yayasan itu menjelaskan kerajaan hanya membayar sewa bagi ruang pejabat di premisnya di presint 8, Putrajaya.

Ini berikutan pengumuman Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak pada Jumaat lalu bahawa Majlis Tertinggi parti itu memutuskan kerajaan perlu menghentikan bantuan kepada yayasan berkenaan.

Najib selaku perdana menteri berkata kerajaan akan memberhentikan khidmat semua kakitangannya kerana yayasan itu didakwa digunakan "sebagai pusat untuk menumbangkan kerajaan dengan cara tidak berperlembagaan".

"Kami merujuk kepada laporan berita baru-baru ini yang menyatakan kerajaan diminta menghentikan semua bentuk bantuan kewangan kepada yayasan itu termasuk peruntukan penyelenggaraan dan juga kakitangan yang dibekalkan untuk operasi yayasan itu.

"Yayasan ini tidak pernah mendapat pembiayaan daripada kerajaan berkaitan dengan pengurusan dan /atau kakitangan yang diambil kerja olehnya.

"Pembabitan kerajaan dalam yayasan itu adalah semata-mata sebagai penyewa yang menyewa premis untuk digunakan sebagai pejabat perdana menteri keempat yang dibayar sewanya oleh kerajaan," kata yayasan itu.

"Kerajaan juga bertanggungjawab ke atas gaji kakitangan awam yang ditugaskan ke pejabat bekas perdana menteri yang terletak di premis itu," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS