Duta Indonesia diarah jelaskan mengapa pohon maaf pada Msia
Terjemahan JAKARTA: Duta Indonesia ke Malaysia telah diarahkan oleh Parlimen republik itu supaya menjelaskan mengenai tindakannya memohon maaf dan menyalahkan rakyat Indonesia yang bertindak membakar bendera Malaysia berhubung pertikaian sempadan maritim di Laut Sulewasi.
Terjemahan JAKARTA: Duta Indonesia ke Malaysia telah diarahkan oleh Parlimen republik itu supaya menjelaskan mengenai tindakannya memohon maaf dan menyalahkan rakyat Indonesia yang bertindak membakar bendera Malaysia berhubung pertikaian sempadan maritim di Laut Sulewasi.
Ahli parlimen Indonesia itu menyifatkan tindakan Duta KPH Rusdihardjo itu, yang dibuat di tengah-tengah ketegangan antara kedua-dua negara, berhubung isu sempadan tersebut, sebagai satu penghinaan kepada republik itu.
"Kenyataannya itu telah menjatuhkan maruah negara. Jika beliau tidak dapat memberi penjelasan yang memuaskan, ada kemungkinan beliau akan dipanggil pulang," kata ahli Suruhanjaya Parlimen Mengenai Hal-ehwal Luar, Joko Susilo.
Ketika memohon maaf kepada pemimpin Pemuda Barisan Nasional baru-baru ini, Rusdihardjo dilaporkan berkata, mereka yang terbabit dalam pembakaran bendera Malaysia itu menjadi berang kerana kekurangan makanan.
Beliau dilaporkan sebagai berkata orang yang lapar akan menjadi marah dan orang yang marah adalah orang yang tidak siuman.
Rundingan di Bali
Ketika mempertahankan tindakannya memohon maaf itu, Rusdihardjo berkata, ia adalah sebahagian daripada tugasnya sebagai seorang diplomat.
"Pada permulaan perang Pasifik, duta Jepun di Washington masih tunduk, tetapi dia membuat laporan kepada Tokyo dan berkata sila terus serangan ke atas Pearl Harbor kerana Amerika tidak berjaga-jaga," Rusdihardjo memberitahu ahli Parlimen negaranya.
Para pegawai Indonesian dan Malaysia telah memulakan rundingan untuk mencari penyelesaian terhadap tuntutan bertindih di kawasan sempadan Laut Sulewasi.
Pertikaian tersebut yang tercetus selepas Malaysia memberi konsesi carigali minyak kepada Shell, turut menyaksikan kedua-dua negara menghantar tentera laut masing-masing untuk berkawal di kawasan tersebut.
Berikutan itu, rakyat Indonesia mengadakan bantahan terhadap Malaysia di semua bandar utama di republik itu dan menuntut supaya "ganyang Malaysia". Mereka turut membakar bendera Malaysia.
Indonesia tidak berganjak
Sementara itu, Menteri Luar Indonesia, Hassan Wirayuda berkata dalam rundingan tersebut, Indonesia tidak akan berganjak daripada tuntutannya di kawasan yang dipertikaikan itu. Rundingan pusingan pertama di Bali dijadual berakhir pada hari Rabu.
"Kita tidak akan berganjak daripada tuntutan kita kerana kawasan tersebut adalah sebahagian daripada wilayah kita," katanya kepada wartawan, sambil menambah rundingan tersebut berjalan dalam suasana mesra.
Rundingan pusingan seterusnya akan diadakan di Malaysia Mei ini.
- AFP


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.