Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Ketua BN Selangor, Tan Sri Noh Omar bukanlah ancaman kepada Pakatan Harapan kerana dia pemimpin yang ditolak ditarik seperti permainan yo-yo dan bukan 'orang' Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin yang juga Naib Ketua PKR Selangor berkata demikian sebagai mengulas pelantikan Noh sebagai Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Zuraida berkata, Noh merupakan seorang menteri pada tahun 2008 apabila BN kehilangan negeri Selangor pada pilihan raya umum ke-12.

"Sejak tahun itu, BN telah mencuba segala gimik untuk merampas Selangor ketika Noh masih menjadi menteri.

"Mereka akan terus mencuba dengan atau tanpa Noh, tidak kira apa yang boleh datang ," katanya kepada Malaysiakini.

Noh sebelum ini disisihkan daripada kabinet Najib pada 2013 selepas pakatan pembangkang mengekalkan Selangor dengan majoriti lebih besar pada pilihan raya umum ke-13.

Walaupun wujud spekulasi ahli parlimen Tanjung Karang itu boleh dilantik menteri sebagai sebahagian daripada rancangan Najib untuk merampas semula Selangor, Zuraida berkata, PKR dan Pakatan Harapan tetap bimbang.

"Sekarang Selangor adalah kubu kuat kami dan kami yakin dengan kemampuan politik dan pentadbiran untuk berpegang kepada sokongan rakyat Selangor dalam pilihan raya umum ke-14 akan datang," katanya.

Sementara itu, Naib Setiausaha DAP Selangor, Ng Suee Lim pula berkata, Pakatan Harapan lebih yakin untuk menghadapi Noh pada pilihan raya umum ke-14 kerana rekod beliau yang dicemari kontroversi.

"Rakyat Selangor sudah masak dengan wajah sebenar Noh," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan itu yang pernah mengaitkan Noh dalam skandal ladang udang.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS