Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Model City 'malang' terbabit program dipanggil semula, kata Honda
Diterbitkan:  Jun 27, 2016 10:05 PM
Dikemaskini: 2:12 PM

Honda Malaysia Sdn Bhd hari ini mengesahkan inflator beg udara Takata Single Stage (SDI) bahagian pemandu pecah dalam kemalangan yang berlaku pada Ahad.

Dalam kenyataan, Honda berkata, perkara ini disahkan semasa pemeriksaan oleh Polis Diraja Malaysia bahawa inflator beg udara SDI bahagian pemandu pecah dalam kemalangan melibatkan Honda City 2005 pada 26 Jun, 2016 di Selangor.

"Kenderaan yang terlibat dalam kemalangan ini termasuk dalam Kemas Kini Produk Malaysia (dipanggil semula) diumumkan pada 21 Mei, 2015, yang memerlukan inflator beg udara Takata SDI bahagian hadapan pemandu diganti," katanya.

Sejak 2015, Honda berkata kenderaan yang terlibat dalam kemalangan ini termasuk dalam panggilan semula bagi inflator beg udara Takata bahagian pemandu dan inflator beg udara Takata bahagian penumpang.

"Tiga notis panggilan semula telah dihantar kepada pemilik. Rekod kami menunjukkan pembaikan bagi panggilan semula itu tidak pernah selesai," katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS