Tidak cukup bagus, kata Kit Siang mengenai prestasi Pak Lah
Terjemahan Tidak cukup bagus begitulah pernilaian Ketua Pembangkang Lim Kiat Siang terhadap prestasi Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam pelbagai bidang selepas 17 bulan menerajui kerajaan.
Terjemahan Tidak cukup bagus begitulah pernilaian Ketua Pembangkang Lim Kiat Siang terhadap prestasi Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam pelbagai bidang selepas 17 bulan menerajui kerajaan.
Ketika membahaskan usul terima kasih kepada titah Yang di-Pertuan Agung di Dewan Rakyat, beliau menyenaraikan 'kekurangan' Abdullah dalam bidang kehakiman, pendidikan, ekonomi, hal-ehwal Parlimen dan di bidang agama.
Dalam ucapannya selama hampir dua jam itu, Lim turut mengkritik kerajaan pimpinan Abdullah dan melahirkan rasa tidak puashatinya berhubung pembaharuan Parlimen dan mempersoalkan komitmen Perdana Menteri dalam membanteras amalan rasuah.
Katanya, kedudukan Malysia yang jatuh dua tangga ke tempat keenam dalam jadual mengenai rasuah di Asia yang dikeluarkan Perunding Risiko Ekonomi dan Politik yang berpejabat di Hong Kong, telah memberi gambaran yang tidak baik terhadap komitmen Abdullah dan pentadbirannya untuk membanteras amalan tersebut.
Pemimpin veteran DAP itu, yang juga ahli Parlimen Parlimen Ipoh Timur, turut mengkritik kerajaan kerana gagal mengiktiraf Hari Pendidikan Bahasa Ibunda Antarabangsa, sesuai dengan masyarakat majmuk di negara ini.
Lim juga menegur kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini berhubung permohonan supaya ditambah bilangan sekolah jenis kebangsaan Cina.
Katanya, Mahathir 'silap' apabila berkata ianya tiada berkaitan dengan soal penyediaan pendidikan yang baik.
Cadangan pada PM
Lim turut memberi beberapa cadangan untuk perhatian Abdullah, termasuk menubuhkan 'gabungan menentang rasuah' yang dianggotai oleh parti politik, badan bukan kerajaan, pihak media dan badan pencegah rasuah kerajaan.
Beliau juga mencadangkan penubuhan sebuah suruhanjaya diraja kehakiman yang diketuai oleh bekas pelapor khas Bangsa-bangsa Bersatu mengenai kebebasan hakim dan peguam, Param Cumaraswamy.
"Sistem perlantikan kehakiman tidak berjalan dengan baik, jika tidak tentulah negara tidak berdepan dengan krisis berlanjutan di dalam dan luar negara mengenai keyakinan terhadap akauntabiliti, kebebasan, keadilan dan integriti bidang kehakiman," katanya.
Dalam wawancara dengan malaysiakini Mei lalu, Lim berkata, beliau akan memberi tempoh dua tahun kepada Abdullah untuk memenuhi janji-janjinya untuk membawa pembaharuan dan pemerintahan yang baik.
Oleh itu, beliau mahu Abdullah meningkatkan lagi usahanya dengan semangat dan tenaga baru dalam tempoh tujuh bulan akan datang untuk mengkotakan janji-janjinya bagi mewujudkan sebuah kerajaan yang bersih, tiada rasuah, berkesan, bertanggungjawab dan berjiwa rakyat.
"Walaupun kita berlainan parti politik, kita semua adalah rakyat Malaysia dan kita mahu Abdullah berjaya dan merapatkan jurang di antara realiti dan retorik dalam politik, sosio-ekonomi, pendidikan dan pembaharuan dalam kerajaan," tambahnya.
Lim akan menyambung perbahasannya esok.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.