Bank Negara: pertumbuhan ekonomi mungkin jatuh kepada 5 peratus
Terjemahan Bank Negara Malaysia berkata kemerosotan berlanjutan dalam industri semi-konduktor dunia, harga minyak yang tinggi dan peningkatan kadar faedah, boleh menurunkan kadar pertumbuhan negara kepada serendah 5 peratus tahun ini.
Terjemahan Bank Negara Malaysia berkata kemerosotan berlanjutan dalam industri semi-konduktor dunia, harga minyak yang tinggi dan peningkatan kadar faedah, boleh menurunkan kadar pertumbuhan negara kepada serendah 5 peratus tahun ini.
Menurutnya, pertumbuhan Produk Domestik Kasar(GDP) dijangka merosot kepada 5-6 peratus pada 2005, selepas melonjak 7.1 peratus tahun lalu yang terpantas dalam tempoh empat tahun dan daripada ramalan awal bagi tahun 2005 sebanyak 6 peratus.
Pertumbuhan sektor pembuatan, yang menyumbang satu pertiga kepada ekonomi negara, dijangka merosot kepada 4.5 peratus pada 2005 hampir separuh daripada 9.8 peratus pada 2004 dengan eksport barangan elektronik jatuh daripada 12.7 peratus kepada 4.5 peratus.
Ketika mengumumkan laporan tahunan Bank Negara bagi 2004, Gobenor bank itu, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berkata wujud ketidaktentuan dalam persekitaran luaran dan ini meletakkan pertumbuhan ekonomi negara pada kadar 5 dan 6 peratus.
Katanya, jika sektor elektronik pulih menjelang pertengahan tahun ini dan jika kadar faedah kekal di bawah tahap biasa manakala harga minyak turun di bawah harga AS$50 setong, maka perkembangan positif ini akan menaikkan kadar pertumbuhan ekonomi negara kepada hampir 6 peratus.
Bagaimanapun, katanya, jika berlaku sebaliknya, maka kadar peratusan itu akan menjadi lebih rendah.
Pertumbuhan sektor perkhidmatan pula diramal pada kadar 5.7 peratus berbanding 6.7 peratus pada 2004, manakala pertumbuhan sektor pertanian pula diramal merosot kepada 3.3 peratus daripada 5 peratus tahun lalu. Kadar pertumbuhan sektor perlombongan pula dijangka tumbuh kepada 5 peratus berbanding 4.1 peratus tahun lalu.
Kadar pertumbuhan sektor pembinaan pula dijangka terus merosot bagi tahun kedua berturut-turut merosot 1 peratus berbanding kejatuhan 1.9 peratus tahun lalu berikutan pengurangan perbelanjaan kerajaan untuk projek-projek infrastruktur.
Kadar faedah rendah
Perbelanjaan bagi sektor swasta dijangka perlahan dan merosot kepada 8.7 peratus berbanding 11.1 peratus tahun lalu, manakala pelaburan awam pula dijangka merosot 11.6 peratus, berbanding kejatuhan 3.5 peratus pada 2004.
Zeti berkata kadar feadah akan kekal rendah untuk menyokong pertumbuhan ekonomi.
Menurutnya lagi, tambatan ringgit pada kadar 3.80 bagi satu dolar Amerika, sejak September 1998, akan dikekalkan walaupun kedudukan dolar yang lemah, sambil menegaskan sebarang perubahan akan dibuat berdasarkan kepada "pertimbangan jangka panjang".
Tambatan ringgit itu tidak menghalang kemasukan para pelabur memandangkan terdapat kira-kira RM18 juta tabungan asing di negara ini tahun lalu dan keadaan itu dijangka berterusan, katanya.
Kadar inflasi pula diramalkan meningkat kepada 2.5 peratus tahun ini, berbanding 1.4 peratus pada 2004, tetapi Zeti berkata, kadar itu boleh diterima dan menafikan kebimbangan wujudnya tekanan yang boleh menjejaaskan kadar inflasi negara.
- AFP

