Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Jangan guna masjid untuk berpolitik, titah Sultan Selangor
Diterbitkan:  Jul 1, 2016 5:17 PM
Dikemaskini: 9:21 AM

Sultan Selangor Sharafuddin Idris Shah memberi amaran agar tidak membenarkan masjid digunakan untuk tujuan politik.

"Beberapa ahli politik telah menggunakan masjid di Selangor untuk tujuan politik.

"Apa yang lebih mengecewakan adalah sebahagian daripada mereka bukan Islam," titah baginda, memetik laporan akhbar New Straits Times.

Baginda bertitah, penjaga masjid yang membenarkan perkara seperti itu terjadi harus dipecat.

"Perkhidmatan nazir itu perlu ditamatkan dan jawatan itu diberikan kepada orang lain," kata beliau semasa majlis berbuka puasa di Masjid Kampung Johan Setia, Klang, semalam.

Sementara itu, Exco Selangor yang bertanggungjawab bagi hal ehwal Islam, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, orang bukan Islam tidak dibenarkan masuk ke kawasan dalaman masjid.

"Orang bukan Islam boleh mengambil bahagian dalam acara-acara dan aktiviti-aktiviti di dalam kawasan masjid tetapi tidak boleh masuk ke kawasan dalaman di mana solat yang dijalankan," ujarnya, memetik laporan The Star.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS