Jangan sampai tumpah darah, Salleh ingatkan Dr M
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak hari ini menafikan dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa kerajaan menindas para pengkritik.
Bekas perdana menteri itu mengeluh mereka yang tugasnya adalah untuk melindungi negara ini, telah menjadi penindas dan beliau sendiri telah disoal polis sebanyak empat lagi dengan ada satu lagi dijadualkan selepas hari raya
Mahathir mendakwa sedemikian dalam blognya.
Menurut Salleh, terdapat had kepada kritikan dan kesopanan serta kebenaran selain kesahihan harus ditegakkan.
"Memanggil seseorang sebagai anjing atau babi tidak boleh dikatakan sebagai mengkritik. Kami juga mempunyai undang-undang mengenai fitnah yang menjadikan ia satu jenayah kerana mengatakan sesuatu yang tidak benar terhadap seseorang," kata Salleh dalam blognya, hari ini.
Tambah beliau, Mahathir sendiri pernah berkata bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang sangat 'rapuh' dan rusuhan begitu mudah untuk tercetus.
"Sebab itu kerajaan perlu mengawal apa yang boleh dan tidak boleh berkata jika mana-mana individu mengatakan sesuatu yang boleh mencetuskan pertumpahan darah," ujar Salleh lagi.
Beliau turut menuduh Mahathir kini mempercayai 'matlamat menghalalkan cara'.

