Usul mengenai Burma akan dibahas pada 28 April
Terjemahan Usul mengenai Burma yang dikemukakan oleh Datuk Zaid Ibrahim ( (BN-Kota Baru) akan dibahaskan pada 28 April ini hari terakhir persidangan Dewan Rakyat yang sedang berlangsung sekarang.
Terjemahan Usul mengenai Burma yang dikemukakan oleh Datuk Zaid Ibrahim ( (BN-Kota Baru) akan dibahaskan pada 28 April ini hari terakhir persidangan Dewan Rakyat yang sedang berlangsung sekarang.
"Saya telah dimaklumkan bahawa
usul
saya itu telah ditetapkan untuk dibahas pada 28 April ini," kata beliau yang juga Pengerusi Kokus Antara Parlimen Asean mengenai Demokrasi di Burma, kepada malaysiakini.
Usul tersebut, antara lain, menggesa supaya dibebaskan pemimpin pembangkang Burma Aung Suu Kyi dan mempercepatkan pembaharuan di negara yang diperintah oleh regim tentera itu.
Ia juga mahukan sokongan Parlimen Malaysia supaya Burma tidak memegang jawatan pengerusi Asean sehinggalah kerajaan negara itu membebaskan semua tahanan politik, termasuk Suu Kyi dan membuka ruang untuk mengembalikan amalan demokrasi di negara itu.
Zaid berkata, walaupun beliau berharap usul itu dibahaskan lebih awal, tetapi beliau terpaksa menunggu sehingga dewan selesai membahaskan usul ucapan terima kasih di atas titah Yang di-Pertuan Agung.
"Saya berharap perkara ini dapat dibincangkan secepat mungkin supaya Parlimen Malaysia dapat mendorong Parlimen di negara-negara Asean yang lain, untuk mengikut jejak langkah kita," tambahnya.
Langkah 'luar biasa'
Disember lalu, usul yang sama telah dikemukakan oleh Ketua Pembangkang Lim Kit Siang tetapi ditolak oleh dewan.
Walaupun regim tentera Burma menjadi sasaran kritikan masyarakat antarabangsa, tetapi adalah sesuatu 'luar biasa' bagi salah sebuah negara anggota Asean, mengetuai tindakan seumpama itu.
Selama ini, negara anggota Asean mengamalkan dasar tidak campurtangan dalam urusan dalaman negara anggota pertubuhan itu.
Semalam, Menteri Luar Thailand, Kantathi Supamongkhon dipetik sebagai berkata, Thailand tidak akan turut serta dalam kempen oleh Malaysia untuk menggantung Burma daripada menjadi pengerusi Asean tahun depan, tetapi akan terus berbincang secara membina dengan negara jirannya itu.
Burma dijadual untuk mengambil alih jawatan pengerusi Asean selepas Malaysia pada bulan Jun 2006.
Pertubuhan itu dianggotai oleh 10 negara yang terdiri daripada Brunei, Burma, Cambodia, Indonesia, Laos, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.