Lebih dua juta umat Islam menghadiri majlis khatam al-Quran di Masjidil Haram pada malam ke-29 Ramadan semalam.
Agensi berita Arab Saudi melaporkan mereka termasuk warga tempatan, jemaah umrah, pelawat dan warga asing yang bersembahyang berjemaah.
Mereka dilaporkan mula bertumpu ke masjid itu sejak awal dan sebahagian daripada mereka terpaksa bersembahyang di luar bangunan kerana keadaan sesak di dalam.
Acara itu diketuai Imam Besar Masjidil Haram Sheikh Abdulrahman al-Sudais. Beliau turut berdoa untuk keselamatan seluruh Muslim dan negara umat Islam di dunia.
Keadaan trafik pula lancar dan tiada kesesakan atau kemalangan walaupun jumlah kenderaan memasuki Mekah pada malam itu amat banyak.
Sementara itu di Masjid Nabawi acara khatam al-Quran turut menarik kedatangan jumlah sama.
Khatam al-Quran itu dilakukan secara beramai-ramai melalui sembahyang tarawih.
