Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membidas serangan pengganas ke atas Arab Saudi, termasuk di perkarangan Masjid Nabawi di Madinah, tapak kedua paling suci dalam Islam.

Menulis di Twitter, katanya tindakan itu melanggar ajaran Islam.

"Kami mengutuk perbuatan keji tersebut terutamanya di kawasan Masjid Nabawi, di kota suci Madinah. Ini bukan Islam," katanya.

Terdahulu, perdana menteri menerusi Twitter berkata beliau terkejut menerima berita mengenai serangan terbaru itu.

"Pagi ini, saya sekali lagi terkejut apabila menerima berita pengeboman di tiga bandar di Arab Saudi," katanya.

Malaysia juga telah berdepan dengan serangan pengganas IS pertama, dengan polis mengesahkan bahawa bom tangan yang meletup di sebuah kelab malam di Puchong mempunyai kaitan dengan kumpulan itu.

Serangan itu menyebabkan lapan orang cedera.

Di Arab, sekurang-kurangnya empat pegawai keselamatan terbunuh dalam serangan berkenaan.

[Baca berita penuh]