IGP nafi polis keluarkan mesej amaran IS
Diterbitkan: Jul 8, 2016 5:18 PM | Dikemas kini: Jul 8, 2016 6:41 PM
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, menafikan pihak polis mengeluarkan mesej amaran keselamatan kepada orang ramai hari ini.
"Amaran ini bukan dari @PDRMsia," kata Khalid yang disiarkan melalui Twitter.
Mesej yang menjadi viral itu, menggesa rakyat untuk mengelakkan beberapa kawasan sibuk di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya, seperti The Curve dan Bukit Bintang, Midvalley dan stesen-stesen LRT kerana kemungkinan serangan IS Negara Islam.
Ia juga menyeru rakyat menjauhkan diri daripada kawasan hiburan.
Sebelum ini, polis mengesahkan terdapat elemen IS letupan bom di kelab malam Movida di Puchong pada 28 Jun lalu.
This alert is not from @PDRMsia pic.twitter.com/6nuBpxuuqN
— Khalid Abu Bakar (@KBAB51) July 8, 2016

