Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Audit 1MDB: Sarawak Report perdaya rakyat, kata Salleh
Diterbitkan:  Jul 9, 2016 6:45 PM
Dikemaskini: 1:27 PM


Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak hari ini mendakwa laman pendedah maklumat, Sarawak Report cuba memperdayakan orang ramai mengenai laporan siasatan Ketua Audit Negara ke atas 1MDB,

Dalam blog post, Salleh berkata, penemuan audit hanya satu komponen daripada laporan akhir mengenai 1MDB, yang telah dilakukan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

"Laporan ketua audit negara bukannya laporan muktamad mengenai 1MDB. Ia hanyalah salah satu komponen yang membentuk laporan PAC. Dan sini Sarawak Report secara nakal memperdayakan orang ramai.

"Malah, laporan Ketua Audit Negara bukannya lengkap kerana ia hanya menangani satu aspek 1MDB.

"Laporan lengkap adalah daripada PAC kerana ia bukan sahaja mengambil kira laporan Ketua Audit Negara tetapi semua maklumat yang lain yang dikumpulkan," kata Salleh.

Siasatan laporan ketua audit negara mengenai 1MDB telah diklasifikasikan sebagai sulit mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Sarawak Report bagaimanapun mendakwa telah memperolehi laporan itu dan membocorkan beberapa petikan dan dokumen sejak tiga hari lalu.

Malaysiakini tidak boleh secara bebas mengesahkan sama ada dokumen yang diterbitkan oleh Sarawak Report adalah sahih, dan tidak boleh melaporkan kandungannya kerana kekangan undang-undang.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS