Gempa bumi pada kekuatan 8.7 skala di perairan barat Sumatera sejurus selepas tengah malam tadi mengakibatkan gegaran di bangunan tinggi di Pantai Barat, termasuk di Kuala Lumpur manakala negeri-negeri di utara Semenanjung diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga kemungkinan berulangnya bencana Tsunami 26 Disember lalu.

Orang ramai yang tinggal sekitar kawasan pantai di Pulau Pinang, Perak, Kedah, Perlis dan Pulau Langkawi telah dinasihatkan berpindah ke kawasan lebih tinggi kerana dikhuatiri kemungkinan berlaku satu lagi bencana tsunami ekoran gempa bumi berukuran 8.5 pada skala Richter yang melanda kawasan perairan Sumatera.

Bernama melaporkan, 600 keluarga melibatkan 3,000 penduduk di lapan kampung di Kuala Muda dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan Kota Kuala Muda.

Bagaimanapun, kesemua mereka yang ditempat di Sekolah Kebangsaan Kota Kuala Muda (SKKKM) dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pada jam 7 pagi selepas disahkan kejadian ombak besar tsunami tidak berlaku.

Manakala di Di Pulau Pinang pula, kerajaan negeri telah mengeluarkan arahan berpindah kepada penduduk kawasan pantai dan awal pagi ini 13 keluarga dari di Kuala Muda Seberang Perai Utara dipindahkan di Sekolah Kebangsaan Kuala Muda. Sepuluh 10 keluarga di lima kampung tepi laut di Balik Pulau juga turut berpindah.

Jabatan Kaji Cuaca Malaysia telah mengesan gempa bumi di pantai barat Sumatera pada jam 12.09 tengah malam tadi yang "berpontensi menghasilkan tsunami yang boleh memusnahkan di lautan atau laut di mana gempa itu berlaku."

Walaupun penghuni kediaman tinggi agak panik, berlari meninggalkan rumah masing-masing ke kawasan lapang, tetapi keadaan adalah terkawal dengan pemantauan rapi oleh anggota polis, Bomba dan Penyelamat serta Pertahanan Awam. Mereka pulang ke rumah masing-masing

kira-kira dua jam kemudian.

Sehingga pagi ini, belum ada laporan Tsunami berlaku di mana-mana negeri di pantai barat tetapi pihak berkuasa berkata langkah berjaga-jaga akan terus diambil.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Syed Razak Syed Zain yang melawat kawasan Kota Kuala Muda awal pagi ini berkata 600 keluarga melibatkan 3,000 penduduk di lapan kampung di Kuala Muda dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan Kota Kuala Muda.

Cuti sekolah

Bilik gerakan negeri dan daerah juga telah dibuka mulai awal pagi ini dan sehingga kini tiada sebagai kemalangan atau kerosakan harta benda yang dilaporan berlaku.

Lapan kampung itu dilanda Tsunami 26 Disember adalah Kampung Masjid; Kampung Kepala Jalan; Kampung Hujung Matang; Kampung Paya, Kampung Tepi Sungai, Kampung Keda, Kampung Sungai Yu dan Kampung Pulau Sayak.

Syed Razak seterusnya mengumumkan cuti sehari bagi lapan sekolah di Kuala Muda dan Tanjung Dawai. Empat sekolah yang terlibat di daerah Kota Kuala Muda ialah Sek Keb Sri Kuala, Sek Keb Haji Sulaiman, Sek Keb Kota Kuala Muda di daerah Kota Kuala Muda manakala empat lagi di Tanjung Dawai ialah Sek Keb Tanjung Dawai, Sek Keb Tok Mat Salleh, Sek Keb Yan Kecil, Sek Keb Sungai Kering dan SRJK Cina Tanjung Dawai.

Beliau berkata dianggarkan kira-kira 6,000 murid terlibat dengan penutupan semua sekolah berkenaan yang telah mendapat persetujuan dari pengarah jabatan pelajaran negeri.

Katana, kesemua mangsa yang dipindahkan itu akan dibenarkan pulang ke rumah

masing-masing setelah keadaan benar-benar selamat.

Di Pulau Pinang, Ketua Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata kerajaan negeri telah mengeluarkan arahan berpindah kepada penduduk kawasan pantai dan awal pagi ini 13 keluarga dari di Kuala Muda Seberang Perai Utara dipindahkan di Sekolah Kebangsaan Kuala Muda.

Sebanyak 10 keluarga di lima kampung tepi laut di Balik Pulau juga turut berpindah pada kira-kira pukul 3 pagi ini.

Beliau berkata bilik gerakan bencana alam telah dibuka bagi menghadapi kemungkinan bencana Tsunami berlaku, tetapi sehingga pukul 6 pagi ini tiada sebarang laporan ombak besar itu melanda.

Nelayan alih bot

Koh juga berkata semua penghuni di bangunan tinggi diminta memeriksa bangunan masing-masing dan jika berlaku sebarang keretakan mereka di minta menghubungi bilik gerakan di talian 04-262 1819 dan 04- 262 3322 atau balai polis berhampiran dengan segera.

Sementara itu, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Noh Omar memberitahu Bernama pagi ini bahawa pasukan polis di peringkat negeri dan daerah telah diarahkan agar mengadakan rondaan dari masa ke semasa bagi memantau keadaan.

Noh berkata antara langkah yang diambil untuk mengelakkan berlakunya kemalangan jiwa adalah meminta nelayan yang berada di laut segera pulang ke tepi pantai, dan bagi mereka yang berada di tepi laut agar segera berpindah.

Manakala kira-kira 70 nelayan di Kampung Permatang Tepi Laut Bayan Lepas bergegas ke kawasan pantai untuk melihat keadaan bot dan sampan yang ditambat di sana selepas gegaran dirasakan di hampir seluruh negara tengah malam tadi.

Seorang penduduk Wadi Yahaya berkata kira-kira jam 12.10 pagi gegaran dirasai dan beberapa orang nelayan segera memaklumkan kepada penduduk mengenai kejadian berkenaan.

Penduduk di situ kini sedang berkumpul di dewan orang di kampung itu kerena bimbang terhadap keselematan masing-masing, manakala sebahagian daripada nelayan itu kini sedang mengalihkan bot dan sampan masing-masing ke kawasan yang lebih selamat.

Pengunjung hotel

Sementara itu, gegaran dapat dirasakan di beberapa tempat di Semenanjung Malaysia, beberapa minit selepas jam 12 tengah malam ini menyebabkan ramai penghuni bangunan tinggi, bergegas keluar.

Kebanyakan mereka merasakan sedikit pening akibat gegaran berkenaan, yang berlaku selama kira-kira 20 saat.

Pengunjung ke Nikko Hotel di Kuala Lumpur, turut bergegas keluar dari bilik hotel masing-masing dan terus bergerak keluar bangunan akibat bimbang terhadap sebarang kemungkinan.

Beberapa saksi di Pulau Pinang pula memberitahu, perkhidmatan telefon di Pulau Pinang tidak dapat berfungsi pada masa ini dan mereka tidak boleh membuat panggilan keluar.

Ramai penduduk di Pulau Pinang memberitahu bahawa ia merupakan gegaran yang sama dirasai mereka pada 26 Disember lalu yang mengakibatkan bencana tsunami yang melanda beberapa tempat di negeri itu.

Mereka yang berada di Bayan Lepas dekat Lapangan terbang Antarabangsa Pulai Pinang dan Teluk Air Tawar dekat Pangkalan Tentera Udara Malaysia di Butterworth turut merasakan gegaran itu.

Para nelayan di Pulau Pinang juga telah bergegas mengikat bot-bot mereka di pantai kerana takutkan kehilangannya.