Saya merujuk kepada mesyuarat khas yang menerima publisiti besar yang diumumkan lima hari lalu yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Kedah Ahmad Bashah mengenai krisis air dan yang diadakan semalam.

Seperti ramai rakyat di Kedah, yang menunggu mendengar rancangan konkrit dan tegas mengatasi krisis air Kedah selepas mesyuarat itu, kita semua sangat kecewa dengan pengumuman MB.

Tiada langkah-langkah baru kerajaan negeri kecuali membekalkan tong-tong air statik kepada keluarga tidak mampu dan penubuhan satu jawatankuasa bertindak khas untuk mengkaji masalah ini.

Masalah bekalan air di Kedah bukan baru dan telah melanda Kedah bertahun-tahun, dan berpuluh-puluh tahun mengikut kajian, yang menjadi semakin menjadi buruk.

Saya yakin Ahmad Bashah, setelah berkhidmat sebagai ahli exco Kedah dalam portfolio perumahan dan kerajaan tempatan untuk sembilan tahun (daripada 1999) mesti sedar dan penuh maklum.

Ahmad Bashah selepas menggulingkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir, sepatutnya menjadikan usaha menyelesaikan masalah air isu utama dan berjanji menyelesaikannya.

Sebaliknya, dia hanya memanggil satu mesyuarat khas semalam selepas saya percaya beliau terkejut untuk bertindak selepas mendapati beribu-ribu orang telah menelefon Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (Sada), mengadu mengenai gangguan bekalan air semasa cuti raya di negeri ini.

Menurut Ahmad Bashah sendiri semalam, 41,000 isi rumah mengalami gangguan bekalan air.

Dan dalam satu malam, Sada telah menerima 2,000 panggilan mengadu tentang kekurangan air, menjadikan ia mimpi ngeri kepada beribu-ribu keluarga yang menyambut Aidilfitri.

Penubuhan jawatankuasa bertindak khas adalah perkara yang paling mudah untuk mana-mana kerajaan mengumumkan.

Tetapi tanpa mengambil perhatian serius dan tanpa keazaman politik, masalah ini akan berterusan untuk bertahun-tahun akan datang.

Hakikatnya bahawa Ahmad Bashah telah memutuskan untuk menubuhkan satu jawatankuasa tindakan khas untuk mengkaji bagaimana menyelesaikan krisis air adalah sedikit lambat.

Ia menunjukkan bahawa sebenarnya, kerajaan negeri tidak tahu punca-punca sebenarnya masalah kekurangan air atau bagaimana untuk menyelesaikannya.

Saya menegaskan bahawa panggilan mesyuarat khas hari ini semata-mata reaksi automatik tanpa pemikiran knee jerk reaction dengan sandiwara aksi publisiti murah.

Tiada penyelesaian jangka panjang dalam pemikiran tentang bagaimana untuk menyelesaikan krisis bekalan air.

Terus tekan pusat

Berapa lama langkah-langkah sementara jangka pendek yang diumumkan oleh beliau seperti pemberian tong-tong air statik dan menyediakan telaga tiub akan berlangsung?

Dia tidak berikan tarikh yang pasti tentang bila jawatankuasa tindakan khas akan mengadakan mesyuarat pertama mereka ataupun jangka masa tetap untuk mengumumkan hasil penemuan jawatankuasa bertindak khas ini.

Saya telah membangkitkan isu masalah kekurangan air sebelum ini dalam sidang akhbar apabila saya berjumpa dengan Sada pada bulan Januari yang lepas.

Saya juga telah membangkitkan isu ini di parlimen.

Jesteru itu, saya akan terus memberikan tekanan kepada kerajaan persekutuan untuk menangani isu ini dengan serius.

Langkah pertama saya selepas ini adalah untuk segera mendapatkan temu janji susulan dengan Sada untuk mendengar daripada mereka mengenai krisis air yang sedang dihadapi Kedah.

Masalah kekurangan air di Kedah sangat serius dan menjadi tanggungjawab kerajaan negeri menyelesaikannya.

3 gesaan buat MB

Saya menggesa Ahmad Bashah melakukan perkara-perkara berikut:

Umumkan jangka masa dan tarikh tetap untuk diberikan kepada jawatankuasa tindakan khas untuk melengkapkan dan mengumumkan penemuan secara umum.

Menjemput wakil-wakil rakyat dari kedua-dua jurang politik dan pihak-pihak berkepentingan seperti NGO yang berkemahiran dan ahli akademik duduk dalam jawatankuasa tindakan khas.

Jawatankuasa tindakan khas mesti menganjurkan sesi perbincangan dengan orang ramai untuk mendapat maklum balas awam mengenai masalah mereka.


GOOI HSIAO LEUNG anggota parlimen Alor Setar merangkap anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR dan timbalan pengerusi PKR Kedah.