PM: Tiada cadangan haramkan pertubuhan pengganas asing
Terjemahan Beberapa pertubuhan pengganas asing dikesan kehadirannya di Malaysia tetapi kerajaan tidak bercadang untuk mengharamkannya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Terjemahan Beberapa pertubuhan pengganas asing dikesan kehadirannya di Malaysia tetapi kerajaan tidak bercadang untuk mengharamkannya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Katanya, pertubuhan pengganas yang diharamkan oleh Pertubuhan Bangsa-
bangsa Bersatu dan kehadiran mereka dikesan di Malaysia ialah al-Qaeda, Hamas, Hizbollah dan kumpulan pemisah Tamil Tigers (LTTE).
Setakat ini, katanya, kerajaan tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan untuk mengharamkan pertubuhan pengganas tersebut, katanya ketika menjawab soalan bertulis M Kula Segaran (DAP-Ipoh Barat) semalam.
Menurut Perdana Menteri lagi, mereka sedang diawasi bagi memastikan anggota-anggota mereka tidak menembusi masuk ke negara ini.
Setakat ini, tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan kumpulan-kumpulan tersebut cuba untuk beroperasi terus dari Malaysia atau merancang melancarkan sebarang serangan, kata Abdullah yang juga Menteri Hal-Ehwal Keselamatan Dalam Negeri.
Al-Qaeda didakwa bertanggungjawab terhadap beberapa siri serangan di Asia Tenggara manakala LTTE pula adalah kumpulan pemisah yang mahu mewujudkan sebuah negara sendiri di kawasan yang didiami oleh etnik Tamil di Sri Langka.
Hamas pula dikenali sebagai pergerakan penentang di Palestin manakala Hizbollah dipercayai menjadi kumpulan yang membantu penentangan rakyat Palestin terhadap rundingan damai antara Israeldan Palestin.
Malaysia pula sedang menahan lebih 90 orang yang didakwa anggota militan Islam di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yan membenarkan tahanan tanpa bicara.
Sebahagian besar mereka disyaki menjadi anggota Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM) dan Jemaah Islamiah (JI), yang didakwa bertanggungjawab melancarkan siri serangan di Asia dan dipercayai ada kaitan dengan Al-Qaeda.
Pada tahun 2002, bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Chor Chee Heung memberitahu Dewan Rakyat bahawa terdapat dua kumpulan ektremis di Malaysia agama dan perkauman dan hanya anggota KMM telah ditangkap kerana menjadi ekstremis agama ketika itu.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.