Terjemahan "Saya sangka rumah saya sudah roboh," kata seorang juruteknik M M Krishnamoorthi ketika menceritakan detik-detika cemas apabila rumahnya di Penang Hill bergegar kira-kira tiga minit tengah malam tadi.

Kakitangan sebuah kelab lumba kuda itu sedang menonton televisyen apabila dia melihat perabot dalam rumahnya bergegar kira-kira jam 12.10 pagi berikutan berlakunya gerak gempa berukuran 8.7 pada skala Richter .

Seorang pengurus, Mark Ooi, 54, pula menyangka hanya imaginasinya sahaja apabila terasa katilnya bergegar di rumahnya di Bukit Jambul.

"Pada mulanya saya menyangka ianya imaginasi saya sahaja. Bagaimanapun, boleh saya keluar selepas terdengar bunyi bising di luar, baru saya sedar berlakunya gerak gempa," katanya.

Dengan peristiwa tsunami masih segar di ingatan mereka, beribu-ribu penduduk di Pulau Pinang bergegas keluar meninggal rumah mereka sebaik sahaja berlakunya gegaran tersebut.

Mereka yang terbabit sebahagian besarnya tinggal di rumah pangsa di sepanjang kawasan pantai di Lebuh MacCallum, Jalan Gurdwara, Batu Uban, Bandar Baru Air Itam, Bayan Baru, Gelugor, Tanjung Tokong dan Tanjung Bunga on tanah pulau, Bukit Mertajam, Machang Bubok, Prai and Seberang Jaya di tanah besar.

Beratus-ratus pekerja kilang di Bayan Lepas dan Zon Industri Bebas Prai keluar dari bangunan kilang sebagai langkah berjaga-jaga, begitu juga dengan pekerja dan penyewa hotel di Batu Feringghi dan Bayan Baru.

Satu lagi tsunami!

Beberapa penduduk berkata, gegaran hari ini itu lebih kuat daripada yang melanda kawasan itu pada 26 Disember lalu.

Amaran mengenai tsunami dikeluarkan kepada penduduk yang tinggal di sepanjang kawasan pantai dan pihak polis marin juga mengeluarkan amaran yang sama kepada nelayan yang masih di laut.

Anggota polis juga diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga dan dilihat meronda kawasan kediaman di sepanjang pantai.

Manakala balai polis, balai bomba dan penyelamat serta jabatan kajicuaca dibanjiri panggilan orang ramai.

Sehingga tidak sebarang kecederaan, kematian atau kerosakan yang dilaporkan berlaku


ATHI VEERANGGAN adalah wartawan sambilan malaysiakini di Pulau Pinang