Cubaan kudeta di Turki tak demokratik, kata HARAPAN
Pakatan Harapan (HARAPAN) melahirkan terkejut berhubung cubaan rampasan kuasa tentera di Turki dan mendesak agar perubahan kerajaan dilakukan secara aman melalui proses demokrasi.
"Percubaan oleh puak tentera adalah satu tamparan besar kepada dunia demokrasi dan Islam, dan merupakan cubaan terang-terangan untuk melemahkan kehendak rakyat Turki.
"HARAPAN menyatakan solidariti dengan Presiden Erdogan dan rakyat Turki.
"Kami berdoa bagi keselamatan rakyat Turki yang kini berkumpul di jalanan sebagai tanda sokongan kepada demokrasi," kata Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dan Presiden AMANAH Mohamad Sabu dalam kenyataan bersama hari ini.
Presiden Abim Mohamad Raimi Ab Rahim sementara itu mencela usaha rampasan kuasa itu.
Abim berkata NGO itu kini memantau dengan teliti keadaan melalui wakil mereka dan sumber maklumat yang disahkan di negara itu.
"Kami juga mengambil peluang ini menyeru semua rakyat Malaysia memanjatkan doa untuk keselamatan Kedutaan Malaysia, kor diplomatik kita, pelajar dan rakyat Malaysia di Turki," dia berkata dalam satu kenyataan.
[Berita penuh menyusul]

