Terjemahan Kehadiran begitu ramai pendatang haram di Sabah terus memberi kesan besar terhadap keselamatan di negeri itu dan di negara ini, kata seorang pegawai hak asasi manusia.

Walaupun diberi pengampunan baru-baru ini, serta gerakan menangkap pendatang haram dilancarkan, tetapi jumlah mereka masih tinggi, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Tan Sri Simon Sipuan.

Beliau menganggarkan jumlah pendatang haram di Sabah adalah antara 500,000 hingga sejuta orang, atau satu pertiga daripada jumlah penduduk Sabah seramai 3 juta orang. Majoritinya adalah rakyat Indonesia dan Filipina.

"Adakah sukar untuk mengatakan jumlah sebenar pendatang haram di Sabah tetapi angkanya masih lagi terlalu tinggi," katanya.

Ramai daripada mereka sudah lama berada di negeri itu, sama ada bekerja di sektor pembinaan, perladangan dan menjadi pembantu rumah, dan ramai daripada mereka sudah berkeluarga di sini dan sudah biasanya dengan adat istiadat rakyat tempatan, katanya.

Malah, Sipaun mendakwa bahawa ada antara mereka yang memiliki MyKads (kad pengenalan Malaysia) tetapi beliau tidak tahu ianya boleh berlaku sedemikian.

"Dengan memiliki MyKads, mereka bebas bergerak di Semenanjung Malaysia dan Sarawak," katanya.

Isu sensitif

Sipuan, yang pernah menjadi setiausaha kerajaan negeri Sabah dari 1988 hingga 1992, berkata isu mengenai pendatang haram adalah amat sensitif di kalangan parti politik di negeri itu.

"Baru-baru ini, bila Suhakam terbabit sama dalam usaha untuk melihat keadaan di sesetengah pusat tahanan sebelum mereka dihantar pulang, suruhanjaya hak asasi manusia ini menjadi sasaran," katanya.

Malah, kata Sipaun, tidak banyak yang dapat dilakukan oleh kerajaan negeri sendiri berhubung kehadiran pendatang haram di Sabah kerana pihak police, tentera dan imigresen terletak di bawah bidangkuasa kerajaan pusat.

"Tetapi usaha yang lebih serius adalah diperlukan untuk menangani masalah itu di Sabah," tambahnya.