PM: 262 tahanan mati dalam penjara tahun lalu
Terjemahan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri mendedahkan seramai 262 banduan mati dalam penjara tahun lalu, menjadikan jumlahnya 1,085 orang sejak tahun 2001.
Terjemahan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri mendedahkan seramai 262 banduan mati dalam penjara tahun lalu, menjadikan jumlahnya 1,085 orang sejak tahun 2001.
Daripada jumlah itu, 328 kematian berlaku pada tahun 2003 dan 264 lagi pada tahun 2002. Manakala 231 banduan mati dalam penjara pada tahun 2001 iand 231.
Daripada 262 kematian itu, 154 adalah kerana penyakit HIV/Aids, demikian menurut jawapan bertulis Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada soalan Ketua Pembangkang Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timor).
Perangkaan itu juga menunjukkan peningkatan mendadak jumlah banduan yang mengidap HIV/Aids sejak tahun 2001. Terdapat 2,000 kes itu dilaporkan pada tahun lalu, 1,812 pada tahun 2003 dan 1,834 pada tahun 2002. Manakala 1,596 lagi pada tahun 2001.
Daripada sejumlah 8,986 banduan yang mengidap penyakit, 7,242 daripadanya adalah pesakit HIV/Aids.
Dakwaan Kit Siang
Dalam jawapan itu juga, Perdana Menteri menolak dakwaan Lim bahawa Jabatan Penjara dan pihak berkuasa kesihatan tidak bertanggungjawab, tidak cekap, kurang integriti dan tidak telus.
Dengan itu, tegas beliau, perangkaan tersebut membuktikan bahawa kematian di penjara di antara tahun 2001 dan 2004 adalah rendah dan bukannya disebabkan kemudahan kesihatan yang tidak baik seperti yang didakwa.
Abdullah yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri berkata, berdasarkan laporan kematian yang diberikan oleh pihak hospital, didapat majoriti kematian itu adalah kerana penyakit.
Menurutnya, Jabatan Kesihatan adalah sebuah agensi kerajaan yang bertanggungjawab, berintegriti dan memberi perhatian kepada masalah kesihatan yang dihadapi oleh banduan.
Mengulas lanjut mengenainya, Perdana Menteri berkata, beberapa langkah telah dilaksanakan seperti mengadakan pemeriksaan kesihatan banduan, manakala pegawai penjara pula dilatih sebagai 'pembantu kesihatan'.
Beberapa pihak, termasuk badan hak asasi manusia, melahirkan kebimbangan mereka terhadap jumlah kematian yang tinggi di penjara dan yang berlaku dalam tahanan polis.
Mei lalu, Dewan Rakyat diberitahu, 67 kematian berlaku dalam tahanan polis yang direkodkan sejak tahun 1999.
Sementara itu, perangkaan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri itu bercanggah dengan angka mengenai jumlah kematian tahanan.
Pada bulan Oktober 2003, dalam jawapan bertulisnya di Dewan Rakyat, Kementerian Dalam Negeri berkata 237 banduan mati pada tahun 2002 - yang berbeza dengan 264 kematian yang dinyatakan oleh Abdullah hari ini.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.