Nga 'mengadap' Bukit Aman
Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming hari ini tampil memberikan kenyataan dalam isu kartun kontroversi berkaitan permintaan “dedak” di hari raya di Bukit Aman, Kuala Lumpur.
Berkemeja cerah dan blazer gelap, Nga ditemani beberapa orang wakil rakyat dan pemimpin DAP.
Beliau dipanggil memberi keterangan di ibu pejabat polis itu minggu lalu.
Nga didakwa tidak menghormati Islam dalam dua status Facebook pada hari raya puasa lalu, termasuk yang memaparkan kad hari raya maya dengan imej bendera Amerika Syarikat.
Sekumpulan berbaju merah dan pemimpin Pemuda Umno memaparkan menghamburkan kemarahan kepada Nga dengan membuat demonstrasi di depan ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur.
Ia antaranya memaparkan aksi melempar “duit negara” yang dalam tradisi Cina, duit neraka dibakar sebagai persembahan kepada nenek moyang si mati.
Nga mendakwa beliau menjadi mangsa fitnah dan membuat laporan polis di Ipoh.

