Mahkamah Agung Filipina hari ini menggugurkan kes penyalahgunaan dana loteri ke atas bekas presiden negara itu, Gloria Macapagal Arroyo dan mengarahkan pembebasan beliau dengan serta-merta selepas lima tahun di bawah tahanan hospital.

Arroyo, 69, adalah pemimpin nombor satu negara tersebut antara tahun 2001 hingga 2010, namun, kedudukan beliau dibelenggu dengan dakwaan rasuah dan kepentingan peribadi.

Para hakim mengundi 11-4 yang memihak kepada beliau untuk menggugurkan kes tersebut ekoran kekurangan bukti, mahkamah jurucakap Theodore Te memberitahu sidang media yang disiarkan di televisyen.

Arroyo pada asalnya ditahan atas dakwaan penipuan pilihan raya, namun, kemudiannya didakwa atas tuduhan menggelapkan dana loteri negeri berjumlah 366 juta peso (AS$7.820.000) yang diperuntukkan untuk pengumpulan maklumat risikan.

Walaupun ditahan, masalah tulang belakang dan kes perundangan ke atasnya, Arroyo masih berpengaruh besar dalam politik negara tersebut. Beliau dipilih semula semasa kongres bulan Mei untuk penggal ketiga berturut-turut, walaupun tidak menghadiri mana-mana persidangan tersebut.

Keputusan mahkamah berkenaan hampir pasti akan dialu-alukan oleh Presiden Rodrigo Duterte yang berkata akan mencari jalan membebaskannya.

Arroyo masih berdepan siasatan mengenai dakwaan menerima sogokan dalam urusniaga internet jalur lebar bernilai AS$329,000,000 juta dengan ZTE Corp dari China pada tahun 2007, yang berlaku setahun kemudian. Beliau menafikan semua dakwaan dan membayar wang ikat jamin.

- Reuters

[Baca berita asal]