Sebuah treler membawa muatan isi rung sawit terbabas sebelum merempuh Masjid Jamek Kampung Batak Rabit, Jalan
Maharajalela, di sini, kira-kira 4 petang semalam.
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan berkata pihaknya menerima panggilan pada 4.01 petang sebelum sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian.
Menurut beliau, setibanya dilokasi kejadian, bomba mendapati kepala treler berkenaan terbabas berikutan telah merempuh bahagian belakang masjid berkenaan.
"Dua mangsa cedera iaitu pemandu serta kelindan manakala seorang lagi kelindan terselamat.
"Kesemua mereka telah dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk mendapatkan rawatan," katanya.
Ketika kejadian, tiada jemaah berada di dalam masjid berkenaan.
- Bernama
