Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Gerakan: Ingat Amerika menipu mengenai Iraq?
Diterbitkan:  Jul 21, 2016 1:08 PM
Dikemaskini: 5:11 AM

Berikutan pengumuman dakwaan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat, Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang hari ini tampil mempertahankan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan mengingatkan orang ramai terhadap pencerobohan Iraq pada tahun 2003.

"Mereka yang mendakwa Amerika tidak pernah berbohong lupa apa yang berlaku ke atas Iraq. CIA mendakwa Iraq mempunyai senjata pemusnah besar-besaran. Terbukti palsu selepas Iraq dimusnahkan," katanya melalui laman sosial.

Oleh itu, Tan mengingatkan rakyat negara ini supaya tidak mempercayai tuduhan membuta tuli tanpa sebarang bukti.

Merujuk kepada pertuduhan rasuah ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Tan berkata sikap hipokrit wujud dalam tindak balas berkenaan.

"Semua orang berkata Lim mesti dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah. Tetapi apabila ini melibatkan BN, kami dikutuk sebagai bersalah sebelum perbicaraan. Hiprolit," katanya.

Pemimpin Gerakan juga menegaskan bahawa Menteri Luar Arab, Adel Al-Jubeir mengesahkan sumbangan kepada Najib itu.

"Adakah kamu fikir seorang menteri Arab akan berbohong mengenai perkara ini? Pakai akal lah," katanya.

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat, semalam, memfailkan tindakan undang-undang yang mahu merampas aset yang dibeli dengan dana yang didakwa disalurkan dari 1MDB.

Semasa sidang akhbar, penyiasat Amerika mendakwa bahawa rakyat negara ini telah "ditipu pada skala besar-besaran" dan mengaitkannya dengan anak tiri Najib, Riza Aziz dan ahli perniagaan Jho Low.

Najib berulang kali menafikan beliau menyalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi dan menyalahkan pihak tertentu berkomplot untuk menggulingkannya.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali juga telah membersihkan perdana menteri daripada sebarang salah laku.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS