Pemimpin pelajar HK disabit bersalah sertai himpunan haram
Pemimpin-pemimpin pelajar yang mengetuai protes pro-demokrasi pada tahun 2014 didapati bersalah menyertai perhimpunan haram oleh mahkamah Hong Kong, media tempatan melaporkan hari ini.
Joshua Wong dan Alex Chow disabitkan bersalah kerana memanjat ke dalam kawasan berpagar di hadapan ibu pejabat kerajaan pada September 2014, lapor Radio Televisyen Hong Kong.
Sementara Nathan Law didapati bersalah menghasut orang ramai untuk menyertai bantahan tersebut.
Pelajar-pelajar berkenaan boleh menghadapi hukuman penjara sehingga lima tahun.
"Saya tidak menyesal komitmen saya kepada gerakan (revolusi) Payung," kata Wong kepada agensi berita dpa.
"Sabitan bersalah ini akan lebih banyak tekanan, tetapi ia tidak bermakna saya akan melangkah (ke belakang) daripada tanggungjawab saya (berjuang untuk demokrasi)" katanya.
Wong dan Law kini mengasaskan sebuah parti politik yang baru ditubuhkan, Demosisto, yang merancang untuk meletakkan calon dalam pilihan raya majlis legislatif September ini.

