Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Indonesia larang permainan 'Pokemon Go' di istana presiden
Diterbitkan:  Jul 21, 2016 3:18 PM
Dikemaskini: 7:22 AM

Indonesia melarang permainan 'Pokemon Go' dari kawasan Istana Presiden, menurut laporan media tempatan.

Mereka memetik kenyataan Kepala Biro Pers, Media dan Informasi Istana Bey Machmuddin yang menjelaskan larangan itu dikuatkuasakan lebih kepada soal disiplin berbanding sebab keselamatan.

Amaran yang menyatakan 'Bermain atau memburu Pokemon dilarang di kawasan istana' diletakkan sekitar kompleks istana di Jakarta sejak semalam.

"Alasannya sangat mudah, ini adalah istana presiden, bukannya padang permainan," katanya.

Terdahulu, polis diharamkan daripada bermain permainan itu semasa sedang bertugas, dan media tempatan melaporkan bahawa Menteri Pertahanan Ryamizard Ryacudu memberi amaran permainan itu mungkin digunakan oleh negara asing untuk mengesan maklumat sensitif.

'Pokemon Go', yang menggunakan aplikasi Google Maps dan telefon pintar untuk menangkap makhluk Pokemon di dunia nyata, belum dilancarkan secara rasmi di Indonesia, bagaimanapun permainan itu telahpun popular di Jakarta.

Isnin lepas, polis Indonesia menahan seorang lelaki warga Perancis selepas dia menceroboh sebuah pangkalan tentera di Jawa Barat semasa bermain Pokemon Go.

Stesen televisyen tempatan juga melaporkan beberapa kes kemalangan jalan raya akibat daripada permainan itu.

- Bernama

Lihat Komen
ADS