Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Panel bersama sahkan pencarian pesawat MH370 akan digantung
Diterbitkan:  Jul 22, 2016 5:27 PM
Dikemaskini: 9:31 AM

Pencarian pesawat MH370 Malaysia Airlines akan digantung jika tidak dijumpai di kawasan pencarian ketika ini, kata Malaysia, China dan Australia dalam satu kenyataan bersama hari ini.

Pesawat itu, dengan 239 penumpang dan anak kapal, hilang pada Mac 2014 semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Hampir AS$135 juta dibelanjakan bagi pencarian di bawah laut yang menjangkau 120,000 km persegi di Lautan Hindi.

"Jika tiada bukti kredible baru, Malaysia, Australia dan China mempersetujui untuk menggantung pencarian setelah selesai carian 120,000km," kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

"Saya perlu tekankan bahawa ini tidak bermakna kita berputus asa mencari MH370," katanya dalam satu kenyataan yang dibacakan kepada media.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS