Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Najib ada ramai 'penyokong senyap', kata menteri
Diterbitkan:  Jul 23, 2016 2:38 PM
Dikemaskini: 6:46 AM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mempunyai ramai penyokong yang yakin dengan kepimpinan beliau tetapi berdiam diri, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Katanya, terdapat ramai rakyat Malaysia yang menyokong Najib tetapi hanya ingin berdiam diri kerana menganggap sebagai sia-sia untuk berdebat mengenai sesuatu yang tidak akan membawa sebarang hasil.

"Rakyat Malaysia yakin dengan kepimpinan anda dan akan terus berdiri di belakang anda... anda tidak keseorangan, "kata Salleh dalam satu catatan blog post hari ini, dalam ucapan selamat hari jadi kepada
Najib.

Salleh menegaskan bahawa ini merupakan tahun ke-40 penglibatan Najib dalam politik dan ianya merupakan tahun-tahun yang amat mencabar, terutamanya dalam tempoh 10 tahun lepas apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad "membuat kemunculan semula ke arena politik Malaysia".

Najib mungkin perdana menteri Malaysia yang pertama menerima gangguan itu dari bekas perdana menteri, katanya.

Menurutnya, tidak ada tempat lain di dunia ini berlaku di mana seorang bekas perdana menteri memperlihatkan rasa tidak menghormati seorang perdana menteri semasa.

Dan ini, katanya, bukanlah sesuatu yang baru tetapi sesuatu yang Mahathir telah lakukan sejak 10 tahun yang lalu dan terhadap dua perdana menteri.

Katanya, Mahathir pada mulanya menekan Najib untuk menyingkirkan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, tetapi apabila Najib menyatakan sokongan kepada Abdullah, Mahathir sebaliknya mula menyerang beliau,

Sejak itu, selepas Najib mengambil alih jawatan perdana menteri, kata Salleh, Mahathir terus menyerang Najib dalam pelbagai isu dan yang terkini mengenai 1MDB.

Mahathir mula secara vokal mengkritik Najib dan 1MDB tahun lepas.

[Baca berita penuh]
 

Lihat Komen
ADS