Permohonan Chin Peng didengar 25 Mei depan
Terjemahan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang telah menetapkan 25 Mei ini untuk mendengar permohonan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng, untuk kembali ke Malaysia bersama beratus-ratus lagi rakan-rakannya, kata peguam Darshan Singh Khaira hari ini.
Terjemahan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang telah menetapkan 25 Mei ini untuk mendengar permohonan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng, untuk kembali ke Malaysia bersama beratus-ratus lagi rakan-rakannya, kata peguam Darshan Singh Khaira hari ini.
Chin Peng telah menfailkan permohonan tersebut melalui peguamnya pada 4 Mac lalu dengan menamakan Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara, Panglima Angkatan Tentera dan pihak kerajaan sebagai defenden.
Bekas Setiausaha Agung PKM itu juga menfailkan dua lagi permohonan untuk mendapat kebenaran sementara untuk memasuki negara ini bagi menghadiri perbicaraan di mahkamah.
"Walaupun tarikh untuk mendengar permohonan itu sudah ditetapkan, tetapi mereka belum lagi menetapkan tarikh bagi mendengar permohonan-permohonan tambahan itu," kata Darshan ketika dihubungi.
"Tarikh untuk dua permohonan tambahan itu sepatutnya ditetapkan lebih awal (daripada permohonan pertama) dan didengar terlebih dahulu," katanya.
Darshan berkata beliau akan menemui peguam kanan persekutuan Isnin ini supaya permohonan tambahan itu dapat didengar seawal mungkin.
Menurutnya lagi, dokumen-dokumen mahkamah berhubung permohonan Chin Peng itu telah ditutup (sealed) tetapi tidak tahu sebabnya.
Beliau menyifatnya sebagai satu amalan yang luar biasa dan menegaskan tindakan tersebut telah menafikan akses kepada dokumen mahkamah sedangkan dokumen-dokumen tersebut dianggap sebagai dokumen umum apabila difailkan (di mahkamah).


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.