Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita

Pergerakan Pemuda Umno akan memberikan tumpuan penuh kepada 15 kerusi majoriti Melayu di Pulau Pinang jika kerajaan negeri memutuskan untuk mengadakan pilihan raya.

Ketuanya Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata ketika ini jentera pilihan raya negeri itu sudah bersedia bergerak jika DUN Pulau Pinang dibubarkan, baki kerusi lain akan diserahkan kepada rakan komponen Umno dalam BN.

Katanya Pemuda Umno yakin ada kemungkinan besar pilihan raya negeri akan diadakan di Pulau Pinang.

“Kami telah membincangkan pergolakan yang berlaku di Pulau Pinang, dan kami telah buat keputusan bahawa ada kemungkinan besar DUN Pulau Pinang akan dibubarkan ekoran masalah peribadi dihadapi ketua menteri Pulau Pinang.

“Oleh kerana itu saya arahkan Pemuda Umno Pulau Pinang untuk bersedia menghadapi pilihan raya negeri pada bila-bila masa saja," katanya kepada media di Kuala Lumpur hari ini.

DAP bersama PKR dan PAS mula membentuk kerajaan negeri di Pulau Pinang selepas pilihan raya umum 2008. Bagaimanapun PAS memutuskan kerjasama dengan DAP pada tahun lalu.

DAP kini menguasai 19 kerusi, manakala 10 lagi dimiliki PKR dan PAS mempunyai wakil tunggal di DUN Pulau Pinang. Bagi kerusi dalam DUN itu dikuasai BN.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kini menghadapi pertuduhan rasuah di mahkamah dan beliau yang juga setiausaha agung DAP sedang mempertimbangkan kemungkinan untuk mengadakan pilihan raya negeri.

Keputusan itu, kata Lim, akan ditentukan selepas mendapat pandangan PKR dan Parti Amanah Negara yang membentuk gagasan Pakatan Harapan.

Kata Khairy langkah membubarkan DUN Pulau Pinang adalah cara Lim menyelamatkan kedudukannya.

Lihat Komen
ADS