Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Dakwaan 'konspirasi', polis akan soal pemimpin Pemuda Umno
Diterbitkan:  Jul 27, 2016 11:13 AM
Dikemaskini: 3:19 AM

Polis akan menyoal Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun berkaitan laporannya yang mendakwa wujud konspirasi peringkat tinggi untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu Malaysiakini demikian ketika ditanya di bawah seksyen mana laporan itu sedang disiasat.

"Kita perlu menemubual pengadu terlebih dahulu (sebelum memutuskan mengenai klasifikasinya)," kata Khalid.

"Oleh kerana ia adalah tuduhan yang serius, yang melibatkan individu terkemuka, kita mesti menentukan apa yang mendorong beliau untuk membuat laporan itu, dan sama ada dia boleh memberikan bukti untuk menyokong dakwaannya," kata Khalid.

Dalam laporan polis yang difailkan semalam, Khairul Azwan menamakan bekas gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akthar Aziz, Ketua esuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Khairul Azwan mendakwa ketiga-tiga mereka disyaki memberikan maklumat sulit kepada agensi-agensi asing, termasuk Biro Siasatan Persekutuan (FBI), tanpa kebenaran.

Dia juga mendakwa bahawa beberapa dokumen yang dikemukakan, telah dipalsukan dan maklumat yang diputarbelit untuk mencapai agenda mereka.

Laporan itu dibuat berikutan tindakan Jabatan Kehakiman Amerika (DOJ) memfailkan saman sivil berhubung dakwaan salahguna dana 1MDB.

Bank Negara dan SPRM, bersama dengan pihak polis, adalah sebahagian daripada pasukan petugas khas yang menyiasat 1MDB dan isu derma politik RM2.6 bilion.

[Baca berita penuh]
 

Lihat Komen
ADS