Terjemahan Lebih ramai tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dijangka dibebaskan dalam tempoh beberapa bulan ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz.

Mohd Nazri yang juga pengerusi Kokus Parlimen Mengenai Hak Asasi Manusia, memberitahu sidang akhbar hari ini bahawa beliau telah membangkitkan soal pelanggaran hak asasi manusia tahanan ISA dan Kabinet bersetuju untuk menyiasat perkara tersebut.

"Lima orang tahanan telah dibebaskan dan ramai lagi dijangka dibebaskan dalam tempoh beberapa bulan lagi," katanya tanpa mengulas lanjut mengenainya.

Beliau telah bertemu dengan isteri-isteri tahanan ISA Januari lalu dan berjanji kan membantu supaya suami mereka dibebaskan lebih awal.

Bulan lalu, lima pelajar yang dikenali sebagai 'Karachi 5' dibebaskan daripada tahanan ISA, tetapi diletakkan di bawah perintahan kediaman terhad. Mereka ditahan pada bulan November 2003 kerana didakwa terbabit dalam aktiviti militant ketika berada di Pakistan.

Kumpulan 'Karachi 5' yang belajar di dua buah institusi di Karachi sebelum ditahan oleh pihak berkuasa negara tersebut kerana didakwa terbabit dalam kumpulan pengganas.

Turut dibebaskan bersama lima pelajar tersebut ialah bekas pensyarah, Wan Min Wan Mat, yang dikatakan ahli kanan Jemaah Islamiah (JI), yang ditahan sejak September 2002.

Lawatan anggota kokus

Pada masa, kerajaan sedang menahan lebih 90 mereka yang didakwa anggota militan di bawah ISA di Kem Tahanan Kemunting, kerana didakwa terbabit dengan kumpulan pengganas seperti JI dan apa yang dipanggil Kumpulan Mujahidin Malaysia.

Aktivis hak asasi manusia telah menggesa supaya ISA dimansuhkan, manakala Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) pula mendesak kerajaan supaya membebaskan baki tahanan di bawah akta tersebut.

Kokus Parlimen Mengenai Hak Asasi Manusia, yang bermesyuarat minggu lalu, menetapkan untuk melawat Kem Tahanan Kemunting pada 5 Mei dan Kem Tahanan Simpang Renggam pada 12 Mei ini.

Kokus itu juga berbincang dan menerima pandangan dalam memorandum bersama oleh kumpulan badan bukan kerajaan (NGO) yang menentang "kepolisian moral'. Ia dijangka mengeluarkan mengenainya.

Bagaimanapun, Mohd Nazri berkata, sebaran permintaan untuk memansuhkan undang-undang Islam perlu ditangani bersama kerajaan negeri masing-masing kerana pentadbiran Islam terletak dalam bidangkuasa raja-raja.

Kokus yang ditubuhkan tahun lalu dianggotai oleh ahli-ahli parlimen dengan tugas untuk menyiasat sebarang perbuatan pelanggaran hak asasi manusia.