Laporan polis terhadap MB S'gor kerana didakwa gagal tunai janji
Terjemahan Selepas menunggu selama 14 tahun dan tiga menteri besar sudah bertukar berganti, 72 penduduk rumah panjang sudah tidak boleh bersabar lagi mereka telah membuat laporan polis kerana membantah kegagalan kerajaan Selangor menyediakan kepada mereka tanah dan rumah yang dijanjikan.
Terjemahan Selepas menunggu selama 14 tahun dan tiga menteri besar sudah bertukar berganti, 72 penduduk rumah panjang sudah tidak boleh bersabar lagi mereka telah membuat laporan polis kerana membantah kegagalan kerajaan Selangor menyediakan kepada mereka tanah dan rumah yang dijanjikan.
Wakil mereka, S Muniandy membuat laporan di Balai Polis Rawang semalam, selepas penduduk terbabit bermesyuarat dan sepakat untuk terus memperjuangkan perkara terakhir hingga ke akhirnya.
Dalam laporan tersebut, mereka melahirkan rasa tidak puashati terhadap Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang memberitahu mereka Khamis lalu, yang mereka tidak akan diberi tanah, tetapi perlu membeli rumah.
Dalam satu sidang akhbar, mereka menunjukkan rakaman video di mana Khir Toyo sewaktu sesi bertemu penduduk di Gombak menekankan beberapa kali bahawa "hanya rumah, dan tiada tanah" yang akan ditawarkan kepada mereka.
Muniandy, yang juga Pengerusi Persatuan Masyarakat dan Wilayah Persekutuan cawangan Rawang, berkata keputusan untuk menolak tuntutan mereka hanya dibuat dalam masa lima minit sahaja.
"Mengapa kami dipaksa untuk membeli rumah" soalnya.
Penduduk rumah panjang itu adalah antara 292 orang yang dipindahkan dari rumah setinggan di sepanjang landasan keretapi Sungai Buloh pada 1992. Mereka masing-masing dijanjikan sebidang tanah di Matang Pagar, juga di Sungai Buloh, untuk membina rumah mereka sendiri.
Bagaimanapun, sejak itu mereka masih menunggu janji tersebut ditunaikan walaupun kerajaan Selangor sudah tiga kali bertukar menteri besar dari Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Tan Sri Abu Hassan Omar dan Khir Toyo.
Tuntutan undang-undang
Pada 1996, penduduk terbabit mendapati pemaju membersihkan tapak di Matang Pagar untuk membina rumah kos rendah yang akan dijual pada harga RM17,000 seunit.
Mereka mengemukakan bantahan kepada Abu Hassan pada 1998. Ia kemudiannya dipersetujui bahawa tanah tersebut akan diberi kepada mereka yang mengkehendakinya, manakala rumah kos rendah akan dibina hanya untuk mereka yang memilih untuk membelinya.
Malah, janji tersebut pun tidak ditunaikan, dan projek perumahan tersebut juga tidak terlaksana.
Pada tahun 2000, penduduk terbabit terperanjat apabila agensi kerajaan negeri Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor mula membina rumah kos rendah di tapak yang sama.
Kali ini, mereka diminta membayar RM28,000 bagi seunit rumah. Majoriti penduduk terbabit bersetuju untuk menerima tawaran terebut, manakala 72 orang lagi meminta supaya mereka diberi tanah.
"Kami telah menfailkan kes di mahkamah pada tahun 2000 terhadap kerajaan negeri, pentadbir tanah Gombak dan pejabat tanah dan perlombongan Gombak."
"Kes tersebut belum selesai, jadi kami tidak faham mengapa pemaju dibenarkan meneruskan projek tersebut," tambahnya.
Katanya, penduduk terbabit merancang untuk membuat aduan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dan menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Penduduk terbabit, yang sebahagian besarnya kaum India, juga menuduhkan kerajaan Selangor bersikap diskriminasi, dengan mendakwa tanah telahpun diberikan kepada kaum yang lain.

