Cadangan ketepikan dahulu usaha tubuhkan suruhanjaya antara agama
Terjemahan Naib Pengerusi Majlis Perundingan Malaysia bagi Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh (MCCBCHS) John Gurusamy berkata, mungkin lebih baik diketepikan terlebih dahulu usaha menubuhkan suruhanjaya antara agama (IFC) memandangkan masanya masih belum sesuai untuk berbuat demikian di samping belum wujud perasaan saling percaya-mempercayai antara satu sama lain.
Terjemahan Naib Pengerusi Majlis Perundingan Malaysia bagi Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh (MCCBCHS) John Gurusamy berkata, mungkin lebih baik diketepikan terlebih dahulu usaha menubuhkan suruhanjaya antara agama (IFC) memandangkan masanya masih belum sesuai untuk berbuat demikian di samping belum wujud perasaan saling percaya-mempercayai antara satu sama lain.
Beliau yang juga merupakan ketua majlis tersebut bagi Selangor, berkata tidak gunanya untuk meneruskan usaha menubuhkan suruhanjaya tersebut sekiranya majoriti orang Islam meragui tujuan penubuhannya, kerana ini akan menggagalkan tujuan dialog itu diadakan.
"Saling percaya-mempercayai dan masa yang sesuai adalah dua kunci utama dalam mengadakan dialog. Jika majoriti orang Islam tidak mempersetujuinya, maka tidak guna untuk meneruskannya pada masa ini," kata Gurusamy ketika ditemui semalam di Seminar mengenai Pemikiran Islam anjuran Forum Profesional Islam di Kuala Lumpur.
"Memandangkan Majlis Mufti telah mengatakan mereka menentang penubuhan IFC dan Perdana Menteri pula meminta semua mereka yang terbabit supaya menumpukan kepada usaha mengadakan dialog, maka saya bersedia mengadakan dialog dengan mereka semua untuk meningkatkan keharmonian beragama," katanya.
Gurusamy, yang juga merupakan penyelaras Rangkaian Antara Agama Malaysia (MIN), bagaimanapun menjelaskan, ini pandangan peribadinya dan tidak semestinya mencerminkan pendirian ahli-ahli lain MCCBCHS atau MIN.
Beliau menegaskan demikian ketika diminta mengulaskan laporan Bernama Khamis lalu bahawa anggota-anggota Majlis Mufti menentang penubuhan IFC.
Mufti Perak, Harussani Zakaria dilaporkan berkata, perkara-perkara mengenai Islam hanya boleh diperbincangan di kalangan orang Islam sahaja.
350 tahun untuk pohon maaf
Sebelum itu, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah dua kali menegaskan bahawa penubuhan suruhanjaya antara agama mungkin tidak akan menjadi kenyataan kerana ia dilihat menyentuh sensitiviti umat Islam.
Kata Perdana Menteri lagi, jika diwujudkan, ia juga mungkin menjadi halangan kepada perpaduan dan keharmonian agama di negara ini.
"Saya percaya, melalui dialog dengan orang Islam dan bukan Islam, kita bukan sahaja boleh meningkatkan lagi kesefahaman antara, tetapi kita juga akan lebih menghargai masalah bersama dan cara-cara untuk menyelesaikannya," said Gurusamy.
Menurutnya lagi, beliau memahami bantahan umat Islam terhadap 'tekanan luar' yang tergesa-gesa untuk mereformkan aspek-aspek agama mereka, memandangkan sesetengah agama mengambil masa beratus-ratus tahun untuk berbuat demikian.
Katanya, beliau faham bahawa penganut Roman Katholik juga sensitif terhadap tekanan oleh bukan penganut Kristian untuk menukarkan pendiriannya mengenai pengguguran dan perceraian.
"Jika pihak Gereja mengambil masa 350 tahun sebelum boleh memohon maaf kerana mengutuk (saintis Itali) Galileo, maka saya memahami pendirian orang Islam (yang berdepan dengan tekanan untuk menukar undang-undang mereka)," tambahnya.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.