Pesawat AirAsia, Jetstar nyaris berlanggar
Diterbitkan: Jul 29, 2016 3:18 PM | Dikemas kini: Jul 29, 2016 6:41 PM
Pesawat AirAsia dan Jestar dilapor nyaris-nyaris berlanggar di udara dekat lapangan terbang Gold Coast, menurut Xinhua yang memetik pihak berkuasa Australia.
Kejadian pada Khamis itu kini disiasat oleh Biro Keselamatan Pengangkutan Australia, lapor Bernama.
Dilaporkan jarak antara pesawat AirAsia hanya 150 meter daripada Jetstar, menyebabkan penggera berbunyi di kedua-dua kokpit pesawat.
Jarak itu lebih dekat berbanding 305 meter yang ditetapkan untuk pesawat penumpang di negara kanggaru itu.
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.