Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Laporan: Menteri nafikan cubaan bawa pulang anak Najib
Diterbitkan:  Aug 1, 2016 3:27 PM
Dikemaskini: 7:32 AM

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman menafikan percubaan untuk membawa pulang anak tiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak - Riza Aziz - selepas namanya terlibat dalam saman oleh Jabatan Keadilan (DOJ) di Amerika Syarikat, lapor laman web Majlis Ahli Parlimen BN (BNBBC) hari ini.

Laporan itu memetik blogger Zaharin Mohd Yasin yang dikenali sebagai 'Sang Kelembai' memetik Anifah sebagai berkata saman DOJ itu bukan urusan kementerian luar.

Ia merujuk spekulasi bahawa Anifah berada di New York untuk membantu membawa pulang anak kandung Datin Seri Rosmah Mansor itu.

“US-DOJ bukan isu yang menteri luar boleh masuk campur. Itu urusan kerajaan Amerika,” kata Anifah kepada Zaharin dan disiarkan di blognya.

“Maka tidak benar sama sekali kementerian luar atau saya sendiri terlibat (jika ada) Riza Aziz pulang ke Malaysia.

“Saya hanya buat kerja menteri luar dan bukan soal Riza Aziz. Saya pergi dan balik dengan penerbangan komersil dan bukan ada private jet (jet peribadi),” katanya kepada penulis blog itu melalui perbualan telefon.

Menteri itu juga berkata beliau tidak berjumpa dengan Riza di New York dan kehadirannya adalah bagi mesyuarat berkala Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC).

Anifah juga dilaporkan berkata, jika Riza memiliki pasport diplomatik, ini tidak memberinya sebarang kekebalan daripada pihak berkuasa Amerika.

“Jika dia ada pasport diplomatik passport, dia tidak kebal... yang kebal pemegang pasport itu ialah ketua kerajaan saperti presiden dan perdana menteri dan juga menteri luar.

“Yang lain boleh diambil tindakan mengikut undang-undang imigresen negara yang berkenaan. Passport hanya memudahkan laluan sahaja di pintu imigresen dan tidak ada keistimewaan,” katanya.

Riza, bersama dengan ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low, yang dinamakan dalam saman pelucutan hak oleh DOJ untuk merampas aset yang didakwa diperolehi dengan menggunakan wang yang berasal daripada 1MDB.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS